Skip to main content
1. Bagaimana jika ingin menyewa dan berniaga di kafeteria UTHM?

Pembukaan iklan sewaan lot niaga adalah melalui proses Sebut Harga. Tuan/Puan perlu membuat semakan dan menyertai Sebut Harga yang diiklankan oleh Universiti.

2. Dimanakah hebahan iklan tawaran Sebut Harga dibuka?

Tuan/Puan boleh layari laman web bendahari.uthm.edu.my bagi melihat hebahan tawaran Sebut Harga.

3. Dimanakah lot niaga yang boleh disewakan?

i)    Arked Bunga Raya (Kafeteria Perpustakaan Tunku Tun Aminah – PTTA)
ii)    Arked Cempaka (Kafeteria Blok G3)
iii)   Arked Kenanga (Kafeteria Kolej Kediaman Tun Fatimah – KKTF)
iv)   Arked Matahari (Kafeteria Kolej Kediaman Tun Syed Nasir – KKTSN)
v)    Arked Mawar (Kafeteria Kampus Cawangan Pagoh)
vi)   Arked Melati (Kafeteria ARKED)
vii)  Arked Melur (Kafeteria Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail – KKTDI)
viii) Arked Tanjung (Kafeteria Bangunan Gunasama Hal Ehwal Pelajar – HEP)

4. Bolehkah kami ingin menyewa dewan/bilik seminar yang terdapat di UTHM?

Boleh. Perkhidmatan bagi sewaan ruang komersial UTHM seperti dewan/bilik Seminar telah dibuka kepada agensi luar/syarikat.

5. Bagaimana jika ingin menyewa dewan/bilik seminar UTHM?

Tuan/Puan boleh mengemukakan surat rasmi permohonan kepada Pengarah Pusat Pembangunan Perniagaan dan email kepada: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Permohonan hendaklah disertakan maklumat terperinci seperti berikut:

i)     Nama dan Alamat Permohon
ii)    Nombor Telefon Bimbit untuk dihubungi
iii)   Tarikh / Hari
iv)   Masa
v)    Kapasiti Peserta
vi)   Surat Permohonan
vii)  Atur Cara Program
viii) Lain-lain (Jika Berkaitan)

Tuan/Puan juga boleh berhubung dengan Puan Siti Jamilah Ali, Bahagian Perniagaan dan Komersial, BizDEC di talian 07-453 7953.

6. Ruang apakah yang boleh disewa bagi tujuan penganjuran program/ majlis/ seminar/ bengkel?

Pihak kami akan mencadangkan ruang yang bersesuaian dengan merujuk kepada maklumat terperinci permohonan yang dimajukan oleh Tuan/Puan.

7. Berapakah kadar sewaan bagi dewan/bilik seminar di UTHM?

Tuan/Puan boleh merujuk kepada kadar sewaan yang boleh didapati dalam laman web This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

8. Bolehkah kami ingin menyewa Padang Kawad UTHM?

Boleh. Padang Kawad telah dibuka untuk sewaan kepada agensi luar / syarikat.

9. Bagaimanakah jika ingin menyewa Padang Kawad UTHM?

Tuan/Puan boleh mengemukakan surat rasmi permohonan kepada Pengarah Pusat Pembangunan Perniagaan dan email kepada: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Permohonan hendaklah disertakan maklumat terperinci seperti berikut:

i)     Nama dan Alamat Permohon
ii)    Nombor Telefon Bimbit untuk dihubungi
iii)   Tarikh / Hari
iv)   Masa
v)    Surat Permohonan
vi)  Kertas Kerja Cadangan Penganjuran Program/Festival 
vii)  Atur Cara Program
viii) Lain-lain (Jika Berkaitan)

Tuan/Puan juga boleh berhubung dengan Encik Mohammad Azam Md Shahran, Bahagian Strategik dan Pembangunan, BizDEC di talian 07-453 7530.

Walau bagaimanapun, sewaan Padang Kawad sepanjang bulan Ramadhan akan dilaksanakan melalui iklan Sebut Harga yang akan dikeluarkan oleh Universiti.